Assalamu'alaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh...
Setiap peralihan waktu shalat
sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan diserap
melalui perubahan warna alam. Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada
dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang
mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahasia
berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal
waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan
menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini
karena tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti
berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) -
dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan
rahsia diperintahkan shalat diawal waktu.
Bermulanya
saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga
inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan
sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang
tidak optimum lagi.
Warna
alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna
kuning menandakan masuknya waktu Zuhur. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan
dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna
kuning ini mempunyai rahasia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang
selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya
akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.
Kemudian
warna alam akan berubah kepada warna orange,yaitu masuknya waktu Asar di mana
spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari
dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahasia warna orange ialah
kreativitas. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitasnya
dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini
terpisah. Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh
organ-organ reproduktif kita.
Menjelang
waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap
dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana
spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red)
dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka
resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya
berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu.) Karena banyak interferens
(pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahasia
waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan
tulang.
Apabila
masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa
Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana
frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan
Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam
Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini
dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Selepas
tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan
seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal,
pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu
ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas keterkaitan waktu shalat dengan tubuh manusia. Manusia kini memang telah menyadari akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor penyebab munculnya bermacam-macam meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Begitulah secara ringkas keterkaitan waktu shalat dengan tubuh manusia. Manusia kini memang telah menyadari akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor penyebab munculnya bermacam-macam meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Dan
Kita sebagai umat Islam patut bersyukur kerana telah dikaruniai syariat shalat
oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga
alam ini lewat berbagai macam tekhnik yang mulai tumbuh tadi. Hakikat ini
seharusnya menyadarkan kita bahwa Allah s.w.t mewajibkan shalat atas hambanya
atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta karena Dia tahu
hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya.
Adalah
amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat lalai dalam menjaga
solatnya. Semua yang terdapat di alam ini adalah untuk manfaat segala makhluk2
nya.
Semoga bermanfaat...
Aamiin...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar